Saturday, 10 November 2012
honda telah megeluarkan jet pertama,proton bila lg???
Posted on by Unknown
Jet peribadi keluaran Honda ini boleh memuatkan seramai 6 orang penumpang dan cukup sesuai untuk dijadikan pengangkutan bagi percutian keluarga yang inginkan layanan setaraf VIP dan seselesa yang mungkin.
HondaJet Ha-420 ini mempunyai reka bentuk yang unik bermula daripada bahagian enjin, bahagian sayap dan bahagian komponen pesawat yang lain. Ia direka dengan tujuan untuk mengurangkan daya geseran sewaktu penerbangan serta mengekalkan kelajuan yang memberangsangkan iaitu 483 mph.
Dengan sistem penerbangan yang direka dengan rekaan terbaru daripada Garmin G3000 dan dua enjin jet kipas turbo HF20 yang dipasang pada bahagian sayap, anda akan merasakan yang pesawat HondaJet HA-420 merupakan pesawat yang paling berjaya dalam kelasnya.
HondaJet pernah membuat penampilan sulungnya pada Disember 2003. Ia dipaparkan kepada umum pada Julai 2005 di sebuah pertunjukan udara, EAA AirVenture yang telah diadakan di Oshkosh, Wisconsin.
Dengan gabungan beberapa bahan komposit yang ringan, enjin yang cekap, reka bentuk yang aerodinamik, HondaJet dikatakan mampu mencapai kecekapan bahan api sehingga 35% berbanding pesawat lain seumpamanya.
Dengan gelaran "pesawat peribadi yang paling ringan", HondaJet HA-420 kini sudah berada di tahap pemasangan akhir dan akan diuji pada awal tahun 2013 dengan anggaran harga sebanyak US$4.5 juta sebuah.
manusia paling kaya di dunia
Posted on by Unknown
Bilionair dari Mexico, Carlos Slim mengekalkan kedudukan tempat teratas sebagai individu terkaya di dunia buat kali ketiga berturut-turut dalam senarai majalah Forbes kelmarin.Beliau memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$69 bilion (RM207 bilion).
Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gatesmenduduki tempat kedua dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$61 bilion (RM183 bilion).
Ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS),Warren Buffett berada di tempat ketiga dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$44 bilion (RM132 bilion).
Peniaga barang-barang mewah yang memiliki syarikat LVMH dari Perancis, Bernard Arnault masih kekal di tempat keempat dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$41 bilion (RM123.41 bilion).
Empat individu teratas itu masih kekal sama seperti senarai Forbes pada tahun lepas.Wanita paling muda dalam senarai itu ialah pengasas syarikat Spanx, Sara Blakely yang mempunyai anggaran aset berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) hasil perniagaan pakaian pelangsing badan dan berada pada kedudukan 1,153.Beliau merupakan antara 104 wanita dalam senarai itu.
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, berada di tempat ke-35 dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$17.5 bilion (RM52.67 bilion).
Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berada pada tangga ke-20 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$22 bilion (RM66.2 bilion).
Seorang kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal al-Saud memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.18 bilion) berada pada tangga ke-29. Menurut perangkaan Forbes, terdapat seramai 1,226 bilionair di dunia.
Posted on by Unknown
Budak 11 Tahun Mati Dilanggar Lari Pemandu Audi Hitam.
Cerita ini menunjukkan betapa manusia sekarang apabila melakukan sesuatu yang salah selalu melarikan diri dan tidak mengaku.
Seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun, Zhu Qian habis lewat pada hari kejadian kerana mempunyai kelas solekan di sekolah. Seorang saksi, Mr. Li menyatakan gadis ini berjalan dengan elok di atas jalan pejalan kaki tetapi sebuah kereta Audi yang memandu terlampau laju tiba-tiba menuju ke arah dia. Kereta Audi tersebut dipandu oleh remaja yang baru berusia 18 tahun, Zhu X telah melanggar lampu isyarat merah dan kerana terlampau laju dia langsung tak terkawal keretanya. Selepas melanggat budak tersebut, dia berhenti untuk dua saat sebelum terus beredar dari situ. Budak tersebut didapati terbuang sejauh 10 meter dan telah diheret sejauh 26.5 meter. Akhirnya Zhu X berjaya ditahan dengan keretanya kini dibawa untuk siasatan pada 10 malam hari kejadian di rumahnya.

sekiranya kita memandu kereta,jgn lah terlalu megikut perasaan..andaikata kita sahaja yang kemalagan x kisah lah,tp membabaikan orang lain berdosa lah kita..ingatlah orang tersayang semasa memandu..
10 Rumah Termahal Dan Termewah Di Dunia - PupoLove Blog!
Posted on by Unknown
hot.aksi liar remaja masa kini
Posted on by Unknown
telah banyak gambar2 yang telah kita lihat dikaca telivision yang menunjukkan remaja kini telah berani bertindak diluar batasan..gambar tersebut membuktikkan bahawa perkara tersebut benar2 berlaku...
gambar kereta terawal didunia
Posted on by Unknown
ini adalah yang dikatakan kereta terawal diciptakan didunia..Kesahihan belum jelas,cuma ramai pihak yang megatakan ini adalah benar..sama2 kita perhatiakan gambar tersebut.............
Subscribe to:
Posts (Atom)