Baru-baru kereta Bugatti Veyron yang merupakan kereta paling mahal di dunia telah berjaya memecahkan rekod dan mengesahkan status prestijnya sebagai kereta paling laju di dunia setelah melalui proses ujian yang mana telah mencatatkan kelajuan yang luar biasa iaitu sekitar 267.8 mph, jauh melepasi jangkaan pasukan teknik Bugatti Veyron. Kelajuan yang dicapai pada sesi ujian tersebut telah disahkan oleh pegawai Guinness World Book of Records. Terbaru, kereta Bugatti Veyron bakal dibeli oleh………
Oleh anak kepada individu yang paling berpengaruh di Sarawak iaitu Sulaiman Abdul Rahman Taib. Ya…..beliau telah menyatakan hasrat untuk membeli kereta yang paling mahal di dunia ini. Hasrat Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perlancongan sebelum ini, telah dinyatakan oleh rakan baiknya sendiri, Kevin C Limjoco semasa beliau sama-sama mengambil degree di University of San Francisco, USA dahulu….
0 comments:
Post a Comment